? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 21, 2009

SAAT DAHI TIDAK LAGI MENYENTUH SEJADAH-NYA

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!Dengan kain kafan yang serba putih!Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa.....Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.....Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.....Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia.....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.....Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!Serta menikmati rezeki Tuhan!Justeru bila Dia menyeru,....Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!Lalu daging itu membaluti tulang!Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!Menjadi teman di perjalanan.. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akandisedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orangIslam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembuyang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat danbagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tandamati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akankehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau merekayang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda iniakan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengankehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkanmasa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akandibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARITanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugurdari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akanmengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadiMalaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika initerjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingungseketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanyauntuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.
TANDA 7 HARIAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jikakita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yangterlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandi sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..
TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...mayALLAH SWT bless you.Saling berpesan2lah sesama kita.........

0 comments: